Dari kawan timbul perasaan suka.. Dari perasaan suka timbul pula sayang.. Bila dah sayang rasa pula rindu.. Dan bila rindu ada cinta..

Thursday, 27 October 2011

Terima Kasih Kawan

Kawan,
Terima kasih,
Sebab kau terima aku,
Aku bagaikan kecil di depanmu,
Aku sungguh malu kepadamu,
Tapi apa kan daya,
Aku tak mampu menghalangnya

Kawan,
Aku tak tahu apa yg telah aku lakukan,
Aku tak boleh menghalang perasaanku,
Aku harap engkau mengerti aku,
Aku tahu di sudut hati kecilmu itu,
Benci padaku.

Kawan,
Aku tak tahu,
Bila masanya pula aku bisa menjaga hati engkau,
Aku bagaikan tin kosong yg tak berjiwa,
Bila perlu ia berbunyi,
Bila tak perlu sunyi sepi,
Jiwaku seperti tak mempunyai jiwa.

Kawan,
Terima kasih,
Kerana memberiku peluang,
Kawan,
Terima kasih,
Kerana memaafkan aku,
Kawan,
Aku berharap kita masih lagi seperti dulu,
Kita,
Kita semua,
Bersama kawan-kawan.

Tuesday, 25 October 2011

Bukan Rahsia Lagi

Kawan,
Maafkan daku yg telah banyak melukakan hatimu,
Aku tahu kau telah korban banyak perkara untuk diriku,
Aku tahu yg kau amat menyesal membantu diriku,
Bagi aku,
Aku tak layak untuk digelar kawan baikmu.
Kawan,
Sungguh aku tak menyangka apa yg terjadi,
Sekarang aku tak tahu nak ke mana lagi,
Kalau bukan kembali kepadamu,
Aku tak lagi mempunyai sesiapa di sini.

Kawan,
Jangan kau buat daku seperti ini,
Aku cuma ingin menumpang kasih sayang darimu,
Adakah aku tidak mempunyai ruang di hatimu,
Walaupun aku telah banyak melukakan hatimu,
Tetapi kau tetap mengaku aku sebagai kawan baikmu,
Aku tak mahu kita seperti ini kawanku,
Kawan,
Maafkan daku,
Mungkin aku tidak mempunyai keyakinan untuk bersuara,
Hanya di sini aku dpt meluahkan hati dan perasaanku.

Kawan ku,
Nureleni Shafiqah,
Maafkan daku,
Aku harap kau tidak benci kepadaku,
Ikhlas dari hati kecil aku.
Dari kawan mu,
Siti Mustika Munira.

Monday, 24 October 2011

Dulu dan Kini

Dulu,
Aku hanya punya kenangan masa lalu denganmu,
Mengingatimu menjadi pengubat rinduku,
Kau adalah insan istimewa dalam hidupku,
Kaulah sahabat, kaulah teman,
Walaupun jarak dan masa memisahkan kita,
Kau tetap di hatiku.

Kini,
Bila kita telah dpt bersama,
Aku ukir kenangan baru setiap kali bersamamu,
Kenangan yg tak bisa aku lupakan,
Baru kini aku sedar kau memang teristimewa,
Selama kita berteman,
Kau tetap segar dalam ingatanku,
Kaulah yg telah memberi aku harapan untuk meneruskan hidup.

Kalau dulu kau sahabat terbaikku,
Tetapi kini kau adalah pemilik hatiku yg teratas,
Dengan satu janji dapat mengikatkan dua hati,
Kaulah yg pertama dan terakhir,
Andai masih aku bisa putarkan masa,
Akan ku pergi ke masa lalu,
Agar dpt aku bersamamu dari detik itu lagi.


Sunday, 23 October 2011

Kekasihku

Kekasihku,
Terima kasih,
Kerana telah menerima diriku yg serba kekurangan ini,
Setelah sekian lama aku memendam rasa terhadapmu,
Baru sekarang aku dpt memiliki hatimu yg suci itu,
Meskipun aku fahami bagaimana keadaan dirimu,
Sungguh aku ikhlas..
Kekasihku,
Maafkan aku,
Kerana aku pendam perasaan ini,
Aku tidak mempunyai kekuatan untuk meluahkan perasaanku padamu,
Aku harap engkau akan mengerti perasaanku ini,
Walaupun tiada satu ungkapan di bibirku,
Aku mahu engkau selami hati putihku..

Kekasihku,
Aku mahu engkau tahu bahawa,
Aku sangat menyukaimu,
Aku sangat menyayangimu,
Aku sanagt merinduimu,
Aku sangat menyintaimu dalam diamku,
Tapi kini,
Akhirnya aku telah dpt memeluk dirimu,
Kekasihku,
Aku dpt merasakan kehangatan cintamu,
Dari kemesraan dan belaian tanganmu terhadap aku,
Aku tahu engkau amat ikhlas kepada diriku,
Aku amat menghargainya hingga akhir hayatku..
Kekasihku,
Semaikan cinta kita di sini buat selama-lamanya,
Agar aku terus dpt hidup bersamamu,
Agar aku terus dpt merasa kehangatan cintamu,
Buat yg terakhir kali..