Dari kawan timbul perasaan suka.. Dari perasaan suka timbul pula sayang.. Bila dah sayang rasa pula rindu.. Dan bila rindu ada cinta..

Sunday, 23 October 2011

Kekasihku

Kekasihku,
Terima kasih,
Kerana telah menerima diriku yg serba kekurangan ini,
Setelah sekian lama aku memendam rasa terhadapmu,
Baru sekarang aku dpt memiliki hatimu yg suci itu,
Meskipun aku fahami bagaimana keadaan dirimu,
Sungguh aku ikhlas..
Kekasihku,
Maafkan aku,
Kerana aku pendam perasaan ini,
Aku tidak mempunyai kekuatan untuk meluahkan perasaanku padamu,
Aku harap engkau akan mengerti perasaanku ini,
Walaupun tiada satu ungkapan di bibirku,
Aku mahu engkau selami hati putihku..

Kekasihku,
Aku mahu engkau tahu bahawa,
Aku sangat menyukaimu,
Aku sangat menyayangimu,
Aku sanagt merinduimu,
Aku sangat menyintaimu dalam diamku,
Tapi kini,
Akhirnya aku telah dpt memeluk dirimu,
Kekasihku,
Aku dpt merasakan kehangatan cintamu,
Dari kemesraan dan belaian tanganmu terhadap aku,
Aku tahu engkau amat ikhlas kepada diriku,
Aku amat menghargainya hingga akhir hayatku..
Kekasihku,
Semaikan cinta kita di sini buat selama-lamanya,
Agar aku terus dpt hidup bersamamu,
Agar aku terus dpt merasa kehangatan cintamu,
Buat yg terakhir kali..


No comments:

Post a Comment